Kasihan Aunty Muniamanah!
Team Kebajikan DMPSA telah menziarahi warga tua india di flat seksyen 20 pada 24 jan 2010. Turut sama menemani pada hari itu adalah orang kuat KPP Shah Alam, "Uma Kaa" (Umadevi).
Warga tua tersebut, iaitu Aunty Muniamanah a/p Gopal didapati telah mengalami komplikasi usus besar sejak lebih setahun lepas. Penderitaan ini mengakibatkan usus beliau telah ditebuk demi memastikan kelangsungan nyawanya
Pendapatan bulanan mereka yang hanya bergantung kepada Socso mendiang anak lelakinya di samping menyara pula 2 orang cucu, menambahkan lagi keperitan hidupnya.Beliau pernah memohon bantuan JKM , namun malangnya permohonannya ditolak.
Melihatkan nasibnya yang sudah tua itu, DMPSA melalui ketua Muslimat, Ukhti Zarina telah menghulurkan sedikit bantuan meringankan bebanan harian keluarga mereka.
Kehidupan mereka yang serba kekurangan ini membuatkan hati kami cukup tersentuh. Moga amal sedikit kami yang membawa nama Islam ini akan diterimaNya.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Saudari Diana, Penerangan DMPSA - 013-3037867
Uma Kaa ( Umadevi ) yang setia meneman kami
Ukhti Zarina - Ketua DMPSA, kelihatan turut membawa anak sambil berjuang
0 comments:
Post a Comment