GST Dibahaskan Di 'Sidang Parlimen Pelapis DMPSA'
Latihan ini memberi peluang kepada para peserta memahami prosedur tatacara para Yang Berhormat mengupas sesuatu isu.
Menerusi langkah ini juga, para suara muslimat muda dapat berkongsi idea dan mematangkan kefahaman mengenai kebaikan dan keburukan perlaksanaa cukat barang dan perkhidmatan (GST) ini.
Meskipun, masih banyak lagi perkara yang belum diselongkar perihal isu GST di dalam 'parlimen kecil' ini, namun, para peserta mendapat ransangan motivasi baru untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai isu-isu pentadbiran negara.
Moga semangat reformasi baru reformis-reformis muda generasi ini, akan menjadi tapak pertama mereka ke arah mendokong usaha pejuang - pejuang rakyat sekarang ke arah sebuah revolusi kebangkitan pemerintahan Islam nanti.
Salam menuju Putrajaya. Langkah sudah bermula !!
Pihak pembangkang cuba melontarkan isu kerelevenan GST tidak dilaksanakan
Situasi tenang mendengar hujah kedua-dua belah pihak
Wajah- wajah bakal YB masa depan =)
Bakal Yang Di Pertua Speaker muslimah pertama Malaysia , insyaAllah =)
Pihak kerajaan sedang meneliti hujah pihak pembangkang
Bakal YB pembangkang kelihatan semakin bersemangat mengupas isu
'Senator' menggulung usul untuk diterima dan diluluskan
0 comments:
Post a Comment