Seanggun Saidatina Khadijah, Sepintar Saidatina Aisyah & Semanis budi Saidatina Fatimah

Program Ziarah Lujnah Kebajikan Masyarakat DMPSA

Sasaran Ziarah Kebajikan kali ini tertumpu kepada 3 keluarga yang kurang berkemampuan, iaitu keluarga Puan Mek Yah bte Said, Puan Noraini Hj Bajuri, dan Puan Ismawati bte Che Wih. Alhamdulillah, kedatangan kami disambut baik oleh ketiga-tiga keluarga tersebut. Mereka ini adalah golongan ibu tunggal yang perlu menampung anak-anak mereka yang masih bersekolah. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan punca pendapatan yang amat perit untuk diraih di tengah Bandar Shah Alam ini membuatkan mereka hidup serba kekurangan dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. 

 
 
Kemeriahan program ziarah kami diserikan lagi dengan kesudian  Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abd Samad untuk bersama-sama kami turun melihat masyarakat di kawasannya. Kebesaran jiwa YB Khalid Abd Samad tak dapat kami tepis lagi dengan adanya beliau bersama-sama kami. AJK Lujnah kebajikan DMPSA yang diwakilkan oleh Pn Rahila Arshad yang juga lebih dikenali sebagai Cik Rahila, merupakan ahli Dewan Muslimat yang aktif menjalankan aktiviti kebajikan disekitar kawasan Shah Alam ini.



 
Sumbangan berupa barangan dan duit poket, telah ditaja oleh sebuah syarikat swasta yang kini giat menganjurkan aktiviti kemasyarakatan. Pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam amat berterima kasih atas kesudiannya menyalurkan bantuan bulanan kepada keluarga tersebut dan juga masyarakat yang memerlukan di Shah Alam. Kepada YB Khalid yang giat turun padang bersama masyarakat juga, kami susun jari sepuluh tanda ucapan jutaan terima kasih dengan kerjasama yang diberikan.
Program ziarah ini merupakan program berkala dan juga merupakan program tradisi DMPSA. Semoga PAS dan Pakatan Rakyat berada dihati setiap penduduk di Shah Alam.
PAS FOR ALL, PAS UNTUK SEMUA.



0 comments: