Seanggun Saidatina Khadijah, Sepintar Saidatina Aisyah & Semanis budi Saidatina Fatimah

Program Ziarah Lujnah Kebajikan Masyarakat DMPSA

Sasaran Ziarah Kebajikan kali ini tertumpu kepada 3 keluarga yang kurang berkemampuan, iaitu keluarga Puan Mek Yah bte Said, Puan Noraini Hj Bajuri, dan Puan Ismawati bte Che Wih. Alhamdulillah, kedatangan kami disambut baik oleh ketiga-tiga keluarga tersebut. Mereka ini adalah golongan ibu tunggal yang perlu menampung anak-anak mereka yang masih bersekolah. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan punca pendapatan yang amat perit untuk diraih di tengah Bandar Shah Alam ini membuatkan mereka hidup serba kekurangan dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. 

 
 
Kemeriahan program ziarah kami diserikan lagi dengan kesudian  Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abd Samad untuk bersama-sama kami turun melihat masyarakat di kawasannya. Kebesaran jiwa YB Khalid Abd Samad tak dapat kami tepis lagi dengan adanya beliau bersama-sama kami. AJK Lujnah kebajikan DMPSA yang diwakilkan oleh Pn Rahila Arshad yang juga lebih dikenali sebagai Cik Rahila, merupakan ahli Dewan Muslimat yang aktif menjalankan aktiviti kebajikan disekitar kawasan Shah Alam ini.



 
Sumbangan berupa barangan dan duit poket, telah ditaja oleh sebuah syarikat swasta yang kini giat menganjurkan aktiviti kemasyarakatan. Pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam amat berterima kasih atas kesudiannya menyalurkan bantuan bulanan kepada keluarga tersebut dan juga masyarakat yang memerlukan di Shah Alam. Kepada YB Khalid yang giat turun padang bersama masyarakat juga, kami susun jari sepuluh tanda ucapan jutaan terima kasih dengan kerjasama yang diberikan.
Program ziarah ini merupakan program berkala dan juga merupakan program tradisi DMPSA. Semoga PAS dan Pakatan Rakyat berada dihati setiap penduduk di Shah Alam.
PAS FOR ALL, PAS UNTUK SEMUA.



Read More......

KONVENSYEN GURU-GURU WANITA ISLAM MALAYSIA

KONVENSYEN GURU-GURU WANITA ISLAM MALAYSIA

28 Mac 2010, 8.00 pagi hingga 5.00 petang,

Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda

Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama

Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Yuran Penyertaan RM10 seorang





:: Pembentangan Kertas Kerja 1::

Sistem Pendidikan di Malaysia : Satu Analisa Kritis

Dr Asiah Ali, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat

:: Pembentangan Kertas Kerja 2::

Konsep Sistem Pendidikan Holistik : Satu Lontaran Inovatif

Prof Madya Dr Wan Maseri Wan Mohd,

Pensyarah, Universiti Malaysia Pahang

:: Pembentangan Kertas Kerja 3::

Program Pembangunan Modal Insan – SPIES

YB. Dr. Halimah Ali

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan

Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

:: Pembentangan Kertas Kerja 4::

Penubuhan Sukarelawan Pendidikan Rakyat

Ustaz Abu Bakar Cik, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat

Pelancaran Sukarelawan Pendidikan Rakyat


Datanglah Beramai-ramai..

Read More......

Viva Palestina Malaysia... Come Along 2 Support...!





Viva Palestina Malaysia is going to the grassroots folks. Our Boycott Israel walkabout takes us to Shah Alam Pasar Tani. On sale will be our Boycott Israel and Free Gaza t shirts, Palestinian scarfs & caps. Grab limited edition of Boycott Israel balloons while available from VPM's very own clown. So don't leave those children at home. Bring them along for some fun with a cause.

Sunday 28th March
8am - 1 pm 
Shah Alam Pasar Tani (Bazarena) is located at Seksyen 13, Shah Alam Close to Stadium Melawati Shah Alam.

Come do your weekly shopping at Shah Alam Pasar Tani this Sunday. See you there.
For more info contact Azian at 012 211 5749 or Jemaimah at 013 231 4596



email came from ummikusayang@yahoogroups

Thanks For The Info

Read More......

Jemput datang beramai-ramai

Read More......

Pelancaran Jualan Tiket Makan Amal DMPSA


Untuk makluman umum, DMPSA akan melancarkan "Jualan Tiket Makan Amal DMPSA" pada hari AGM kami yang ke 23 dengan kerjasama Restoren Sup Utara Power Shah Alam. Jualan tiket ini akan dilancarkan oleh YB Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abd Samad. Oleh itu, pihak DMPSA mengalu-alukan kehadiran muslimat Shah Alam ke AGM kami pada 21 Mac nanti. Jualan tiket ini berharga hanya RM10 dan istimewanya adalah RM 5 dari harga tiket itu akan dimasukkan ke Dana Kebajikan Dewan Muslimat Shah Alam. Dana kebajikan ini akan disalurkan kepada program-program kebajikan masyarakat di Shah Alam ini.
Marilah beramai-ramai membeli dan promosikan tiket makan sambil beramal tersebut kepada jiran terdekat, rukun tetangga dan masyarakat di Shah Alam khususnya.


Read More......

Mesyuarat Agung DMPSA ke 23 - Muslimat cawangan di Shah Alam dijemput hadir!!

Read More......

DERMASISWA ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR 2010/2011





 

Sukacita dimaklumkan permohonan Dermasiswa Zakat Sesi 2010/ 2011
telah dibuka. Tawaran ini meliputi bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab,
Tahfiz Qiraat dan Perubatan ke Universiti di Mesir, Jordan dan Morroco.
Maklumat lanjut mengenai tawaran ini serta borang permohonan sila klik sini.

Borang yang telah lengkap perlu dihantar sebelum atau pada 31 Mac 2010.

Maklumat lanjut sila hubungi 03-5514 3400 / 3600 sambungan 2048/2056
atau 03-55227700 sambungan 893.

Read More......

Kasihan Aunty Muniamanah!

Team Kebajikan DMPSA telah menziarahi warga tua india di flat seksyen 20 pada 24 jan 2010. Turut sama menemani pada hari itu adalah orang kuat KPP Shah Alam, "Uma Kaa" (Umadevi).

Warga tua tersebut, iaitu Aunty Muniamanah a/p Gopal didapati telah mengalami komplikasi usus besar sejak lebih setahun lepas. Penderitaan ini mengakibatkan  usus beliau telah ditebuk demi memastikan kelangsungan nyawanya

Pendapatan bulanan mereka yang hanya  bergantung kepada Socso mendiang anak lelakinya di samping menyara pula 2 orang cucu, menambahkan lagi keperitan hidupnya.Beliau pernah memohon bantuan JKM , namun malangnya permohonannya ditolak.

Melihatkan nasibnya yang sudah tua itu, DMPSA melalui ketua Muslimat, Ukhti Zarina telah menghulurkan sedikit bantuan meringankan bebanan harian keluarga mereka.

Kehidupan mereka yang serba kekurangan ini membuatkan hati kami cukup tersentuh. Moga amal sedikit kami yang membawa nama Islam ini akan diterimaNya.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Saudari Diana, Penerangan DMPSA - 013-3037867

Uma Kaa ( Umadevi ) yang setia meneman kami


Ukhti Zarina - Ketua DMPSA, kelihatan turut membawa anak sambil berjuang


Sebahagian ahli DMPSA yang turut hadir

Read More......

Pindaan enakmen Islam Selangor siap bulan depan


Jimadie Shah Othman
Mac 12, 10
5:08pm



Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad akan mempersembahkan kepada Sultan Selangor bulan depan, cadangan pindaan terhadap enakmen agama Islam Selangor yang pada masa ini, melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Sebelum ini - ekoran kenyataannya yang berpendapat kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam - Khalid berdepan dengan kira-kira 60 laporan polis yang dibuat oleh pelbagai NGO dan ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin.

Khalid (kiri) juga turut mencadangkan supaya enakmen agama Islam Selangor dipinda bagi membolehkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Beliau juga membangkitkan perkara itu ketika mengadap Sultan Selangor tidak lama selepas itu.

Dalam pertemuan tersebut, Khalid mendapat 'lampu hijau' dari baginda untuk mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji enakmen tersebut.

Bercakap dalam sidang akhbar hari ini, Khalid berkata, cadangan pindaan terhadap enakmen tersbut akan siap pertengahan bulan depan.

Berikutan itu, katanya, cadangan pindaan itu sudah boleh dipersembahkan kepada Sultan Selangor bulan depan juga.
Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada Sultan Selangor untuk menentukan tarikh yang sesuai untuk menerima beliau mengadap.
Diminta mengulas lanjut mengenai intipati cadangan pinadan itu, khalid berkata, pada masa ini, ia telah selesai di peringkat jawatankuasa kecil dan akan dibincangkan oleh jawatankuasa penuh.

Sementara itu, mengulas isu cabaran debatnya terhadap Zulkifli, Khalid berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Ditanya jika Zulkifli enggan menerima cabaran tersebut, Khalid menjawab: “Rakyat akan menilainya. Buktikan beliau bukan badut dan budak hingusan (yang disebutkannya sebelum ini)."

Sementara itu, Khalid juga mengumumkan bahawa menjelang sidang parlimen Isnin ini, beliau sebagai wakil rakyat Shah Alam, akan menganjur sesi dialog dengan penduduk kawasannya berhubung isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Katanya, program tersebut diharapkan membolehkannya beliau mendapat maklumat langsung daripada penduduk yang memilihnya dalam pilihan raya umum lalu.

“Kalau banyak persamaan (dalam perbincangan itu), menanglah saya. Kalau banyak perbezaan, kalahlah saya dalam pilihan raya akan datang,” katanya berseloroh

Read More......

GST Dibahaskan Di 'Sidang Parlimen Pelapis DMPSA'


Bersempena bahang kehangatan sidang parlimen yang akan diadakan pada 13 Mac ini, para pelapis DMPSA mengambil inisiatif dengan mengadakan latihan berbahas di Parlimen Kecil sesama mereka. 

Latihan ini memberi peluang kepada para peserta memahami prosedur tatacara para Yang Berhormat mengupas sesuatu isu. 

Menerusi langkah ini juga, para suara muslimat muda dapat berkongsi idea dan mematangkan kefahaman mengenai kebaikan dan keburukan perlaksanaa cukat barang dan perkhidmatan  (GST)  ini.

Meskipun, masih banyak lagi perkara yang belum diselongkar perihal isu GST di dalam 'parlimen kecil' ini, namun, para peserta mendapat ransangan motivasi baru untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai isu-isu pentadbiran negara.

Moga semangat reformasi baru reformis-reformis muda generasi  ini, akan menjadi tapak pertama mereka ke arah mendokong  usaha pejuang - pejuang rakyat sekarang ke arah sebuah revolusi kebangkitan pemerintahan Islam nanti. 

Salam menuju Putrajaya. Langkah sudah bermula !!


Pihak pembangkang cuba melontarkan isu kerelevenan GST tidak dilaksanakan 



Situasi tenang mendengar hujah kedua-dua belah pihak


Wajah- wajah bakal YB masa depan =)


Bakal Yang Di Pertua Speaker muslimah pertama Malaysia , insyaAllah =) 


Pihak kerajaan sedang meneliti hujah pihak pembangkang


Bakal YB pembangkang kelihatan semakin bersemangat mengupas isu


'Senator' menggulung usul untuk diterima dan diluluskan 

Read More......

To Fix Islam, Start From the Inside


The best way to fight radicalism is to empower Muslim women worldwide.

By Irshad Manji
NEWSWEEK

Published Dec 31, 2008

President will not need any 3 a.m. phone calls to keep him awake. Figuring out how to restore the United States' moral authority in the Islamic world —while encouraging Muslims to reform themselves—would stop anyone from sleeping soundly.

The solution will require more than success in Iraq or the Palestinian territories. After all, most Muslims live outside the Middle East, and Washington must learn to acknowledge their worth. Doing so demands a foreign-policy rethink. Instead of being driven strictly by counterterrorism, the United States' approach to Muslims should be complemented by a universal human-rights thrust—a cooperative strategy that recognizes ordinary Muslims, especially women, to be immediate targets of jihadism, as well as indispensable partners in the fight against it.

Such a foreign policy would not only improve the United States' global image, it would also allow Americans to form smart alliances and make even smarter use of tools like microcredit. And it would intensify the U.S. pursuit of rights-abusing thugs—those who bomb, behead, bury alive or beat up civilians. Not coincidentally, these are often the same criminals who threaten U.S. security. A textbook example is the Iranian government, which makes everyday Muslims its first victims. Last year the regime arrested Zohreh and Azar Kabiri, 20-something mothers, on charges of adultery. The sisters got 99 lashes each before being sentenced to be draped in white sheets, lowered into dirt pits and stoned to death with fist-size rocks.

Islamic law can be brutal; no amount of cultural theorizing erases this fact. But as a faithful, feminist Muslim, I know that seventh-century cruelty is not inevitable in the 21st century. Human interpretations of divinely inspired words are exactly that—human, fallible and subject to reversal. In October, during the United Nations' annual debate about children's rights, Iran announced its intention to reduce juvenile executions. Campaigns in more than 80 countries and local activists prodded Tehran to that point. The next step is follow-through, and savvy pressure by the United States and other nations can help. The trick for Washington is to listen and learn: listen to dissidents who seek support, respect those who do not and learn from those with a track record of triumph.

Let the record show that human dignity can win. Ahmad Batebi is an Iranian democracy advocate who has faced certain execution more than once over the past decade. A 1999 photo of him—captured in the midst of a bloody protest—circulated worldwide on the cover of a Western magazine. The fallout apparently induced cold feet at the gallows. Batebi's execution was postponed long enough for him to flee to the United States, where he now lives. Western attention also advanced the recent case of a Saudi woman who was gang-raped, then threatened with jail for "dishonoring" her community. Late last year a media uproar amplified by U.S. broadcasters compelled King Abdullah to take the extraordinary step of pardoning her.

Given these nonviolent victories, why do citizens and governments of the West often bristle at the notion of getting involved? Put bluntly, too many freeze in fear of being deemed racists for taking up "other" people's business. But as the economy has rudely reminded us, ours is an interdependent age in which the "other" is a mirage. Muslims inhabit the same world as non-Muslims. No wonder a rising number of Islamic scholars—such as Prof. Bassam Tibi of Germany and Abhdullahi Ahmed An-Naim, a Sudanese-American and renowned expert in Sharia—argue that everyone should enjoy the same freedoms of thought, conscience and expression.

This is not to counsel more military invasions to rescue Muslims from each other. Exactly the opposite: Washington's fixation on counterterrorism reduces Muslims to the status of perceived anti-American conspirators, creating enemies out of those who ought to be Lady Liberty's fiercest allies. Foremost among them are Muslim women, who have the most to gain from reform within Islam. Ultimately, it is women who will help Muslims help themselves. The new U.S. president can benefit the Islamic world by engaging the entrepreneurial talents of Muslim women.

http://www.newsweek.com/id/177388

Read More......

Wanita Islam era milenium perlu bijak mencari, mengguna ilmu


KEPEMIMPINAN wanita Islam alaf baru ini adalah isu perlu diberi perhatian oleh wanita Malaysia hari ini. Ramai beranggapan bahawa wanita era milenium adalah bebas, canggih keterampilan fizikal dan penampilan lahiriahnya. Mereka juga dikatakan berkerjaya tinggi serta dilimpahi hidup mewah.

Hasilnya wanita era milenium seperti di atas akan terus berlumba mencuba segala fesyen terbaru dan teknologi terkini bagi meletakkan diri dalam persada `kehidupan moden' yang dieksploitasi oleh pihak yang menggunakan umpan `kecantikan' sebagai matlamat hidup.

Sementara itu, apabila disebut wanita Islam solehah hari ini, media dunia kerap menggambarkannya sebagai seorang wanita berwajah muram. Mereka berselubung hitam, pendiam, pasif, tidak boleh atau tidak mampu menyatakan pandangan sendiri, dikerumuni anak comot, sentiasa merengek dan menangis tanpa henti serta terpenjara dan dibelenggu dalam rumah keluarga suaminya.

Alangkah malangnya jika era milenium ini akan terus melihat gambaran stereotaip wanita sebegitu, yang tidak menjanjikan peluang meningkatkan prestasi diri, apa lagi menyumbangkan bakti kepada masyarakat.

Jadi dalam pertembungan persepsi martabat dan status wanita Islam hari ini, satu definisi tepat bagi wanita Islam era milenium perlu dicari dan dirumus.

Wanita Islam era milenium perlu menjadi pemimpin dan dipimpin, semestinya profesional, mampu menggarap dan mengamalkan `kesempurnaan Islam'. Selain itu, mereka perlu mempunyai identiti asas dari sudut pegangan serta kontemporari dalam setiap pendekatan.

Wanita Islam era milenium perlu mempunyai keterampilan kepemimpinan yang peka dan prihatin. Mereka merasakan segala kerosakan dan gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat berpunca daripada ketidakberkesanan kepemimpinan, yang tidak mampu membawa masyarakat menggemblengkan tenaga dalam satu komuniti sejahtera.

Kepemimpinan adalah aspek terpenting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu aspirasi dan harapan. Malah, kita akan hanya mengundang bahaya dan kehancuran jika tanggungjawab kepemimpinan diletakkan atas bahu mereka yang tidak berilmu, tidak beramanah dan tidak berwibawa.

Kelompok wanita yang tidak berupaya memimpin diri mereka sendiri ke arah kesejahteraan akan menjadi sasaran paling mudah bagi segala bentuk penindasan, penderaan dan kezaliman.

Wanita yang tidak mempunyai kendiri tinggi akan mudah melutut dan tunduk kepada kekerasan dan penghinaan. Jiwa wanita yang terbelenggu dan tidak diperkasakan akan terus menerus terhimpit dalam lingkaran kerumitan dan kesukaran.

Senario semasa yang melambangkan kesempitan hidup wanita terpinggir dalam banyak persaingan hidup di dunia hari ini, sebenarnya menjadi satu manifestasi jelas bagaimana sebenarnya wanita merelakan diri mereka dikuasai dan dijajah serta ditentukan untung nasib mereka oleh orang lain.

Wanita Islam perlu memimpin dan dipimpin dalam menerajui kehidupan seimbang. Tidak hanya mengejar dunia kerana agama tetap dijunjung walau pada zaman mana kita berada.

Untuk menjadi pemimpin, wanita perlu meningkat ilmu dalam diri, keupayaan membuat keputusan, mampu membimbing dan memperjuangkan nasib kaum sejenis untuk maju.

Akhirnya terbentuklah generasi contoh yang akan memakmurkan negara dan agamanya.

Hasil pemerhatian dan pembabitan dalam masyarakat wanita, beberapa kepincangan dan ketidakseimbangan dapat dilihat, seperti:

Sebahagian wanita mengambil sikap dan amalan ekstrim, tetapi mengambil mudah dalam perkara lain yang lebih.asas.

Dilema di antara perjuangan wanita bebas yang melampau, menolak kaum lelaki, dengan persepsi taraf wanita Islam yang menjadi pak turut dan membuta tuli, tertindas, teraniaya, tetapi lemah tidak berdaya dalam masyarakat.

Ada wanita Islam berjaya dalam kerjaya, tetapi rumah tangganya porak-peranda.

Ada wanita Islam solehah, bertakwa dan tekun melaksanakan perintah Allah tetapi mengambil mudah dalam menjaga kebersihan badan dan gigi serta bau badan dan mulutnya dan tidak mempedulikan perasaan orang di sekelilingnya.

Ada wanita Islam `moden' menjaga kesihatan dan tubuh badannya saja, tetapi lalai dalam menyempurnakan perintah Allah dan kesempurnaan agamanya.

Ada wanita Islam kuat beragama tetapi tidak menjaga lidahnya dalam majlis dengan tanpa segan silu mengumpat, mengata orang, menghasut dan tidak menghormati serta menjaga hubungan dengan jirannya.

Ada wanita baik, manis dan mudah mesra dengan orang tidak dikenalinya, tetapi lalai dalam tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa, malah tidak memuliakan mereka.

Ada wanita berbuat baik kepada ibu bapanya tetapi mengabaikan suaminya, dan mempermudahkan pergaulan dengan suaminya.

Ada wanita sentiasa berpakaian paling cantik dalam sebarang perjumpaan, mesyuarat, keramaian tetapi tidak berhias di hadapan suaminya.

 Ada wanita Islam menjaga suaminya dengan rapi tetapi mengabaikan pendidikan anak-anak dalam pembentukan keperibadiannya, gagal memahami perasaan, jiwa, akal dan usia mereka dan pelbagai lagi bentuk pengabaian emosi.

Kepincangan di atas berlaku kerana kejahilan, suka meniru membuta tuli, sifat tunggu dan lihat, serta tidak proaktif dalam mengharungi hidup dalam gelombang globalisasi.

Kini tibalah masanya wanita Islam keluar dari tempurung kejahilan mereka. Tidak boleh tidak wanita Islam perlu keluar dari kepompong massa bodoh ini.

Mereka harus disedarkan dan dipimpin untuk memimpin serta menjadi `guru' kepada dunia.

Wanita Islam perlu keluar untuk membentuk dan melahirkan wanita misali beridentiti yang memberikan kesan besar dalam pendidikan generasi, mencipta pahlawan dan wira, menanam budi luhur, mengukuhkan nilai agung, menyinari kehidupan dengan cinta, kasih sayang dan keindahan. Sekali gus memenuhkan rumahnya dan menyinari masyarakatnya dengan keamanan, kesejahteraan, ketenangan, reda dan kedamaian.

Ramuan berkesan ke arah ini adalah `pencarian ilmu' dengan mengambil sumber dan pengajaran daripada wahyu Ilahi serta mengadunkannya dengan ilmu terkini dan kontemporari yang kemudiannya diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Ir. Hjh. Endok Sempo M Tahir adalah seorang jurutera, juga wanita JIM

Read More......

Selamat Datang Team DMPSA

Terima Kasih Atas Sokongan Dan Dorongan Team DMPSA Untuk Melihat DMPSA Terus Meneraju Wanita di Shah Alam.

Read More......